17 February 2009

PENGENALAN






Yayasan Ikhlas telah ditubuhkan pada 28hb Februari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan jaminan (company limited by guarantee). Yayasan Ikhlas telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Ahmad Bhari bin Abd Rahman bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Ahmad bin Bujang.

Sebagai sebuah Yayasan, pemegang amanah (trustee) kepada Yayasan Ikhlas ialah Yang Berbahagia Dato' Haji Ahmad Bhari bin Abd Rahman (Pengasas) dan Yang Berbahagia Datin Pengiran Hajjah Dayang Juliana binti Awang Thamby (Pengerusi).

Yayasan Ikhlas adalah sebuah organisasi kebajikan yang bergerak untuk menerima dan mentadbir sumber kewangan untuk bidang pelajaran, untuk membantu dalam bentuk kebajikan kepada mereka yang ditimpa pelbagai musibah seperti kecacatan, kemalangan, kematian dan kesusahanseperti banjir dan kebakaran serta kerja-kerja bantuan yang berkaitan yang timbul dalam komuniti masyarakat.

Selain dari itu juga, tujuan penubuhan Yayasan Ikhlas juga adalah sebagaisatu usaha berterusan untuk memberikan apa juga perkhidmatan khasnya kebajikan dan bantuan kepada segenap komuniti masyarakat.

Yayasan Ikhlas juga turut berkeyakinan dalam memperkasa bidang pelajaran khasnya untuk golongan pelajar Bumiputera dan merasakan tanggungjawab untuk menjana perkembangan ilmu perlu dipikul bersama-sama kerajaan bagi melahirkan masyarakat Bumiputera yang berilmu.

Sejak penubuhan Yayasan Ikhlas sehinggalah ke hari ini pelbagai program bantuan pelajaran dan bantuan kesusahan serta bantuan bencana alam telah disalurkan kepada segenap komuniti masyarakat.